Monday, December 13, 2010











14 disember , 2010




Selamat petang


Tahniah kepada KARISMA atas kejayaan penganjuran Hari Keluarga 2010,

khabarnya kali ini jumlah penyertaan paling ramai daripada kakitangan UniKL MFI.


Untuk makluman anggota KOMAF semua.


KARISMA telah memohon sumbangan dari KOMAF untuk Hari Keluarga kali ini atas dasar keanggotaan KARISMA dan KOMAF sebahagian besarnya adalah hampir orang yang sama. Ahli KARISMA jugalah yang menjadi anggota KOMAF.



KOMAF telah menyumbang 6 hamper kepada KARISMA sempena Hari Keluarga kali ini. 6 hamper tersebut dianggarkan berjumlah sekitar RM 250.00. Walaupun jumlahnya tak sampai ribuan ringgit, namun inilah sumbangan yang mampu buat masa ini.


KOMAF masih lagi belum mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) yang pertama sejak mula beroperasi pada 2009. Laporan kewangan dan aktiviti 2009 KOMAF belum dibentangkan dalam MAT sehinga kini, Jadi, tak berapa elok jika Ahli Lembaga KOMAF tiba-tiba berbelanja lebih untuk hamper dan sebagainya dalam keadaan sekarang.


Kita berada di bulan disember 2010, bermakna akaun KOMAF untuk 2010 akan ditutup pada 31hb. nanti dan sepatutnya dibentangkan dalam MAT bulan jun 2011. InsyaAllah akaun 2010 mencatatkan keuntungan walaupun tak banyak mana.

2009


Pada dasarnya, akaun KOMAF 2009 tidak mencatatkan keuntungan bahkan sebahagian duit mengalir keluar kerana penambahbaikan dan pengubahsuaian serta modal perniagaan kedai koperasi (KOSC) di kafeteria. Kedai KOSC hanya sempat beroperasi bermula pada julai 2009 dan ditutup pada november dan disember 2009 kerana pelajar bercuti. Berapa sangatlah untung yang dapat dalam tempoh kedai beroperasi 3 - 4 bulan tu. Lepas tu, projek tender/ sebutharga untuk membekalkan peralatan pelajar baru sempena Minggu Silaturrahim kemasukan julai 2009 tak berjaya.




2010


Antara projek yang banyak membantu KOMAF adalah pengurusan Bilik Percetakan yang beroperasi sepanjang tahun. Keyakinan pihak pentadbiran menyerahkan pengurusan urusan percetakan kepada KOMAF sebenarnya suatu tindakan yang cukup berani dan tepat. Kalau bukan pihak pentadbiran yang akan membantu KOMAF, maka siapa lagi?. Kita bersama-sama menubuhkan koperasi milik bersama kakitangan, maka kitalah yang seharusnya bersama mencari jalan me


Bermula 2010 KOMAF berjaya mencatatkan sedikit keuntungan hasil daripada beberapa projek/ tender/ sebutharga dengan UniKL MFI yang berjaya kita dapatkan dan uruskan. Terima kasih atas sokongan pihak pentadbiran UniKL MFI kerana menaruh kepercayaan kepada KOMAF dengan memberikan beberapa projek/ sebutharga sepanjang 2010.


KOMAF adalah kita semua, kita adalah KOMAF. Jangan pula kita beranggapan bahawa KOMAF itu ialah ustaz Mohamed dan rakan-rakan Ahli Lembaganya sahaja. Mereka hakikatnya hanyalah ahli lembaga "sementara" yang dipilih melalui Mesyuarat Agung Tahunan. Ahli Lembaga pada hakikatnya bekerja untuk KOMAF secara sukarela tanpa sebarang imbuhan. Mereka pada masa yang sama adalah kakitangan UniKL MFI yang juga sibuk dengan kerja hakiki dan tugasan macam kakitangan biasa yang bukan ahli lembaga.


Mesyuarat Agung Tahunan (MAT)

MAT koperasi laporan kewangan 2009 terpaksa diadakan pada awal tahun 2011, terlewat 6 bulan daripada tarikh sepatutnya iaitu sebelum jun 2010. Kelewatan yang tak dapat dielakkan atas masalah pengurusan dan audit dengan pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM. Urusan audit pentadbiran dan kewangan koperasi rupanya cukup "complicated" seakan-akan pengurusan sebuah syarikat korporat. Inilah antara perkara yang tidak dijangka dan terpaksa dihadapi oleh kami sebagai ALK KOMAF generasi pertama.

Marilah kita sama-sama menyokong KOMAF sebagai koperasi milik kita, di mana selepas MAT nanti kami ALK juga akan menjadi ahli biasa, sebaliknya tuan-tuan dan puan-puan semua pula yang akan dilantik sebagai Ahli Lembaga koperasi untuk mengambilalih pentadbiran seterusnya. Kami ALK 2008/ 2009/ 2010 telah berusaha menyumbang sekadar termampu dan kami akui memang terlalu banyak kelemahan dan kekurangan. Maka, ALK baru yang akan dipilih pada 2011 nantilah yang akan membuka era baru KOMAF dan terus maju ke hadapan.


Sekian, terima kasih