Monday, December 13, 2010











14 disember , 2010




Selamat petang


Tahniah kepada KARISMA atas kejayaan penganjuran Hari Keluarga 2010,

khabarnya kali ini jumlah penyertaan paling ramai daripada kakitangan UniKL MFI.


Untuk makluman anggota KOMAF semua.


KARISMA telah memohon sumbangan dari KOMAF untuk Hari Keluarga kali ini atas dasar keanggotaan KARISMA dan KOMAF sebahagian besarnya adalah hampir orang yang sama. Ahli KARISMA jugalah yang menjadi anggota KOMAF.



KOMAF telah menyumbang 6 hamper kepada KARISMA sempena Hari Keluarga kali ini. 6 hamper tersebut dianggarkan berjumlah sekitar RM 250.00. Walaupun jumlahnya tak sampai ribuan ringgit, namun inilah sumbangan yang mampu buat masa ini.


KOMAF masih lagi belum mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) yang pertama sejak mula beroperasi pada 2009. Laporan kewangan dan aktiviti 2009 KOMAF belum dibentangkan dalam MAT sehinga kini, Jadi, tak berapa elok jika Ahli Lembaga KOMAF tiba-tiba berbelanja lebih untuk hamper dan sebagainya dalam keadaan sekarang.


Kita berada di bulan disember 2010, bermakna akaun KOMAF untuk 2010 akan ditutup pada 31hb. nanti dan sepatutnya dibentangkan dalam MAT bulan jun 2011. InsyaAllah akaun 2010 mencatatkan keuntungan walaupun tak banyak mana.

2009


Pada dasarnya, akaun KOMAF 2009 tidak mencatatkan keuntungan bahkan sebahagian duit mengalir keluar kerana penambahbaikan dan pengubahsuaian serta modal perniagaan kedai koperasi (KOSC) di kafeteria. Kedai KOSC hanya sempat beroperasi bermula pada julai 2009 dan ditutup pada november dan disember 2009 kerana pelajar bercuti. Berapa sangatlah untung yang dapat dalam tempoh kedai beroperasi 3 - 4 bulan tu. Lepas tu, projek tender/ sebutharga untuk membekalkan peralatan pelajar baru sempena Minggu Silaturrahim kemasukan julai 2009 tak berjaya.




2010


Antara projek yang banyak membantu KOMAF adalah pengurusan Bilik Percetakan yang beroperasi sepanjang tahun. Keyakinan pihak pentadbiran menyerahkan pengurusan urusan percetakan kepada KOMAF sebenarnya suatu tindakan yang cukup berani dan tepat. Kalau bukan pihak pentadbiran yang akan membantu KOMAF, maka siapa lagi?. Kita bersama-sama menubuhkan koperasi milik bersama kakitangan, maka kitalah yang seharusnya bersama mencari jalan me


Bermula 2010 KOMAF berjaya mencatatkan sedikit keuntungan hasil daripada beberapa projek/ tender/ sebutharga dengan UniKL MFI yang berjaya kita dapatkan dan uruskan. Terima kasih atas sokongan pihak pentadbiran UniKL MFI kerana menaruh kepercayaan kepada KOMAF dengan memberikan beberapa projek/ sebutharga sepanjang 2010.


KOMAF adalah kita semua, kita adalah KOMAF. Jangan pula kita beranggapan bahawa KOMAF itu ialah ustaz Mohamed dan rakan-rakan Ahli Lembaganya sahaja. Mereka hakikatnya hanyalah ahli lembaga "sementara" yang dipilih melalui Mesyuarat Agung Tahunan. Ahli Lembaga pada hakikatnya bekerja untuk KOMAF secara sukarela tanpa sebarang imbuhan. Mereka pada masa yang sama adalah kakitangan UniKL MFI yang juga sibuk dengan kerja hakiki dan tugasan macam kakitangan biasa yang bukan ahli lembaga.


Mesyuarat Agung Tahunan (MAT)

MAT koperasi laporan kewangan 2009 terpaksa diadakan pada awal tahun 2011, terlewat 6 bulan daripada tarikh sepatutnya iaitu sebelum jun 2010. Kelewatan yang tak dapat dielakkan atas masalah pengurusan dan audit dengan pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM. Urusan audit pentadbiran dan kewangan koperasi rupanya cukup "complicated" seakan-akan pengurusan sebuah syarikat korporat. Inilah antara perkara yang tidak dijangka dan terpaksa dihadapi oleh kami sebagai ALK KOMAF generasi pertama.

Marilah kita sama-sama menyokong KOMAF sebagai koperasi milik kita, di mana selepas MAT nanti kami ALK juga akan menjadi ahli biasa, sebaliknya tuan-tuan dan puan-puan semua pula yang akan dilantik sebagai Ahli Lembaga koperasi untuk mengambilalih pentadbiran seterusnya. Kami ALK 2008/ 2009/ 2010 telah berusaha menyumbang sekadar termampu dan kami akui memang terlalu banyak kelemahan dan kekurangan. Maka, ALK baru yang akan dipilih pada 2011 nantilah yang akan membuka era baru KOMAF dan terus maju ke hadapan.


Sekian, terima kasih















Tuesday, November 2, 2010

Ejen Maxis Broadband dengan Modem E1552 percuma


Salaam dan selamat pagi

Bertemu kembali di alam siber maya,

3 November 2010


Berita terkini

KOMAF telah dilantik oleh Maxis untuk menjadi wakil/ ejen Maxis di UniKL MFI bermula November 2010. Sebarang aktiviti atau kempen melibatkan Maxis di UniKL MFI akan diberi hak kepada KOMAF menguruskan.

Sebagai projek permulaan kerjasama antara Maxis dengan KOMAF, kita telah diberi peluang menjadi ejen untuk pendaftaran Maxis broadband di premis UniKL MFI. Bagi setiap bayaran pendaftaran yang dibuat di KOSC, KOMAF akan mendapat komisyen yang ditetapkan.

Borang pendaftaran boleh didapati di KOSC, sertakan salinan kad pengenalan depan dan belakang dan dokumen sokongan seperti salinan lesen memandu atau kad ID. pelajar.

Bayaran pendaftaran:

RM 100.00 dan bayaran awal (advanve) sewaan bulan pertama RM 48.00/ RM 68.00 mengikut pakej yang dipilih.

RM 100 + RM 48/ RM68 = RM 148.00/ RM 168.00
Pakej RM 100 + RM 48.00 untuk penggunaan (Data Load) 1.5GB .
Pakej RM 100.00 + RM 68.00 untuk penggunaan (Data load) 3GB.

Modem percuma HSDPA (E1552) diberikan dengan kontrak selama 6 bulan.
Selepas 6 bulan, Modem tersebut akan menjadi milik pengguna dan boleh digunakan untuk mana-mana Wireless broadband jika pengguna menamatkan kontrak Maxis selepas 6 bulan dan berhajat melanggan broadband dengan Celcom, Digi atau sebagainya.

Jika kontrak broadband ditamatkan sebelum 6 bulan, pengguna dikehendaki memulangkan semula Modem kepada Maxis.

Tempoh pendaftaran dan pengaktifan akaun Maxis broadband.

Pelanggan yang telah berdaftar dan membuat pembayaran akan dapat menggunakan maxis broadband pada keesokan pagi hari berikutnya. Jika pendaftaran dan pembayaran dibuat pada tengahari rabu di KOSC, pihak KOSC akan mengirimkan faks borang pendaftaran kepada Maxis untuk diaktifkan. Keesokan pagi, wakil Maxis akan datang ke KOSC untuk memberikan Modem kepada pengguna dan boleh digunakan serta-merta. Cucuk je Modem tu kat mana-mana laptop atau desktop, ianya boleh terus digunakan melayari internet kerana semuanya setting telah diprogramkan bersama Modem tersebut.

Jika projek kerjasama KOMAF Maxis ini berjaya dan mendapat sambutan menggalakkan, Maxis menjanjikan beberapa projek kerjasama yang lain seperti menjadi ejen jualan "Starter pack", ejen jualan prepaid dan seumpamanya.

Hidup KOMAF, majulah KOMAF untuk kakitangan dan pelajar UniKL MFI.











Monday, August 2, 2010

Notis Pencalonan ALK KOMAF 2010/ 11

Assalamu alaikum dan selamat petang

2hb. ogos 2010.

Sukacita dimaklumkan,

Pencalonan sebagai Ahli Lembaga Koperasi sesi 2010/ 11 telah dibuka, mana-mana anggota yang berminat boleh mendapatkan borang daripada en. Mohd Ariff Musli, Biro Perundangan & Keanggotaan KOMAF di bangunan pentadbiran mulai hari ini (Isnin, 2hb. ogos 2010).

Borang yang telah siap diisi hendaklah diserahkan kembali kepada beliau sebelum 9hb. ogos 2010 untuk dihantar ke Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk diproses dan dibuat penentusahan kelayakan.



Pengerusi
KOMAF
Sesi 2008/ 2010

Thursday, June 24, 2010

Penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) KOMAF 2010

Asalaamu alaikum dan salam bahagia.


Makluman untuk anggota KOMAF.


Dukacita diumumkan, bahawa Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) yang sepatutnya diadakan pada bulan jun 2010 terpaksa ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Penangguhan ini terpaksa dibuat untuk menyelesaikan beberapa perkara berkaitan Laporan Aktiviti Tahunan 2009 dan laporan Kewangan 2009 berakhir 31hb. disember 2009.

Untuk makluman anggota, akaun kewangan KOMAF akan ditutup pada 31 disember setiap tahun. KOMAF seterusnya akan mengemaskini akaun untuk diaudit oleh Juruaudit Dalaman dan juga Juruaudit Luar dengan penyeliaan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Perkara-perkara tersebut mengambil masa untuk diselesaikan mneyebabkan berlakunya penangguhan MAT.

Saya bagi pihak ALK KOMAF memohon maaf dia atas penangguhan MAT yang mungkin amat ditunggu-tunggu oleh sebahagian anggota KOMAF.



Pengerusi
Ahli Lembaga Koperasi
KOMAF 2009/2010

Thursday, April 15, 2010

Sewaan bilik fotokopi di kafeteria dan HPA

Salaam alaikum dan salam bahagia
AlhamduliLlah, syukur kepada Allah SWT. kerana kedai runcit KOMAF One Stop Centre (KOSC) telah beroperasi hampir 10 bulan, bermula julai 2009 yang lalu. KOSC telah berjaya melepasi saat-saat getir sewaktu mula membuka perniagaan julai 2009 dengan modal terhad. Kini KOSC telah mampu membayar elaun tetap pekerja di KOSC dengan elaun RM 500.00 sebulan. Suatu jumlah yang agak besar untuk dikeluarkan setiap bulan jika dinisbahkan kepada ruang niaga KOSC yang sempit dan terhad.
Pada keseluruhannya KOSC dan pengurusannya yang dipimpin oleh saudara Affandy Othman telah berjaya menguruskan pusingan modal dan kewangan secara bebas tanpa perlu bergantung ihsan daripada akaun induk KOMAF lagi. Bayaran elaun Pakcik Nazir yang menjaga KOSC diambil daripada hasil jualan dan keuntungan KOSC sendiri. Jumlah jualan harian KOSC ada ketikanya meningkat sehingga RM 300.00 lebih. Ini perkembangan yang cukup memberangsangkan kami sebagai Ahli Lembaga Pengarah Koperasi.
Bilik Fotokopi di kafeteria bersebelahan KOSC
Berita baik terkini ialah berkenaan bilik fotokopi di sebelah KOSC di kafeteria. Bermula april 2010, kami telah berjaya mendapatkan pengusaha fotokopi yang baru yang beroperasi di sana. KOMAF meletakkan kadar sewaan bulanan yang munasabah dan secara langsung membantu KOMAF menambah pendapatan.
Untuk makluman anggota, KOMAF membayar sewaan bulanan RM 100.00 kepada pengusaha kefeteria untuk mendapat kebenaran menjalankan perniagaan KOSC dan bilik fotokopi. Dengan adanya penyewa di bilik fotokopi, maka KOMAF akan mendapat sewaan bulanan yang akan menambahkan pendapatan KOSC.
Kempen Penggunaan Barangan Halal HPA (http://www.hpa.com.my/)
KOMAF sedang merancang untuk mengadakan satu kempen penggunaan barangan Halal dan keahlian HPA peringkat UniKL MFI. KOMAF telah berdaftar sebagai ahli HPA baru-baru ini dengan usaha dan bantuan daripada puan Hasnah. KOMAF sedang merangka suatu hari untuk penerangan dan kempen keahlian HPA kepada anggota KOMAF. Secara tidak langsung KOMAF akan menjadi pembekal barangan HPA yang dijamin Halal oleh JAKIM seperti kopi RADIX, Radix Cola, kopi diet, barangan perubatan seperti madu lebah, makanan kesihatan, barangan penjagaan diri seperti bahan mandian, syampu, sabun pencuci, set bersalin, ais krim dan macam-macam lagi. Setiap pembelian barangan HPA akan memberikan " point " kepada KOMAF sebagai penaja di UniKL MFI.
Laman Web HPA untuk melihat produk-produk terbaru:
Kami sedang mencari tarikh dan masa yang sesuai dalam tempoh terdekat untuk mengadakan promosi dan kempen Halal serta Sihat. Tungguuu ........
" Produk Halal tanggungjawab Bersama "
Semoga bertemu lagi di lain kesempatan

Thursday, April 8, 2010

KOMAF dan UniKL MFI Print Room

KOMAF dan UniKL MFI Print Room
Asalaamu alaikum dan salam bahagia kepada anggota KOMAF dan para pelawat semua
Kita bersua lagi kali ini melalui laman maya.
KOMAF sesi 2008/2010 semakin menghampiri ke penghujungnya, di mana Ahli Lembaga sekarang sebahagiannya akan meletakkan jawatan pada mesyuarat Agung bulan jun nanti. Walau bagaimanapun, beberapa projek baru masih sempat dijalankan sepanjang 2010.
Perkembangan terkini
AlhamduliLlah, ucapan ribuan terima kasih dan syabas kepada pengurusan UniKL MFI atas langkah berani menyerahkan pengurusan bilik percetakan UniKL MFI kepada KOMAF. KOMAF berpandangan, ini adalah keputusan yang sangat penting sebagai asas yang kuat untuk membantu KOMAF berdaya maju dan bersaing dalam dunia yang serba mencabar. Kekuatan kewangan sebagai modal asas memang sangat penting dan diperlukan untuk memulakan sebarang urusan perniagaan. Penyerahan projek sebegini sudah tentu akan membuka peluang kepada KOMAF untuk menceburi bidang perniagan dan pengurusan secara langsung dan akan menguatkan sember kewangan KOMAF.
Pada 1 April 2010, KOMAF telah diberi tanggungjawab oleh pengurusan UniKL MFI untuk mengambilalih atau menguruskan urusan berkaitan Bilik Percetakan di MFI. Semua urusan berkaitan yang antaranya melibatkan pemilihan syarikat, perbincangan, penilaian sebutharga dan segala yang berkaitan telah diselesaikan dalam tempoh satu bulan iaitu sepanjang bulan mac 2010. KOMAF telah diminta oleh pengurusan UNiKL MFI untuk mengambilalih bilik percetakan (Print Room) pada penghujung februari, dan pada awal mac gerakerja berkaitan telah dijalankan sehingga berjaya. Pada akhirnya KOMAF telah memilih untuk berkerjasama dengan syarikat Purnama Mahir Sdn. Bhd. (http://www.pmgroup.com.my/) sebagai syarikat yang akan menguruskan bilik percetakan UniKL MFI dengan kontrak selama 3 tahun yang akan datang.
Pemilihan syarikat Purnama Mahir (PM) untuk menguruskan bilik percetakan UniKL MFI dibuat berdasarkan kriteria teknikal yang terbaik dan kesediaan mereka untuk bekerjasama dan membantu Koperasi dalam sebarang usahasama yang membawa kebaikan. Pengurusan baru antara KOMAF dan PM diharapkan akan memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada kakitangan UniKL MFI dan juga manfaat kepada KOMAF dan anggotanya. Sebahagian daripada keuntungan akan disalurkan kepada KOMAF demi kebaikan anggota KOMAF khasnya dan kakitangan UniKL MFI amnya.
KOMAF sentiasa mengalu-alukan sebarang cadangan dan teguran daripada anggota demi untuk kebaikan semua. Cuma, perlu diingatkan, bahawa Ahli Lembaga KOMAF (ALK) adalah kakitangan UniKL MFI yang bekerja sepenuh masa. Sudah tentu keberkesanan mereka dalam menjalankan tugas sebagai ALK tidak boleh dibandingkan dengan syarikat atau badan perniagaan di luar sana. Kami berkhidmat kepada KOMAF secara sukarela tanpa sebarang bayaran atau elaun, ditambah dengan kesibukan dalam tugas harian, maka sudah pasti kepentingan tugasan hakiki perlu diutamakan iaitu sebagai kakitangan UniKL MFI. Urusan berkaitan KOMAF jatuh nombor dua dalam hal ini.
Setakat ini dahulu untuk kali ini, jika ada peluang kami akan mengemaskini blog ini daripada masa ke semasa.

Tuesday, February 2, 2010

Jualan T-Shirt Ko-kurikulum












Salaam dan selamat sejahtera

Jualan T-Shirt Ko-kurikulum

KOMAF mengorak langkah mengembangkan lagi bidang perniagaan dengan menceburkan diri dalam penjualan T-shirt. T-shirt ini ditempah khas untuk digunakan oleh para pelajar yang mengambil subjek/ matapelajaran Ko-kurikulum. Para pelajar diwajibkan lulus 2 subjek ko-kurikulum sepanjang pembelajaran mereka di UniKL MFI.

KOMAF telah mengambil inisiatif membekalkan t-shirt yang akan digunakan oleh para pelajar sepanjang 2 semester mereka mengambil subjek ko-kurikulum. T-shirt ini akan dipakai setiap kali menghadiri kelas pada sabtu jam 9.00 pagi - 11.00 pagi.

T-shirt yang menarik dengan warna yang mengancam ini dijual dengan harga yang amat berpatutan. Menggunakan kain jenis CVC yang selesa dipakai dengan warna hijau muda dan lengan potongan V dan kolar berwarna hitam. Logo UniKL dengan tulisan MFI tertera di bahagian depan dan belakang t-shirt.

Harga jualan pebagai S, M, L dan XL adalah RM 15.00 sahaja. T-shirt tersebut boleh dibeli di kedai Koperasi di kafeteria.

Kakitangan UniKL MFI atau sesiapa sahaja yang berminat dialu-alukan untuk membeli dan dapatkan t-shirt sebagai kenang-kenangan atau hadiah kepada rakan-rakan.


Segera dapatkan sehelai untuk koleksi anda.
" Belilah barangan Buatan Malaysia "


Majulah KOMAF untuk anggota

Terima kasihhh ...

Jualan Surah Yasiin, Tahlil & Doa




Salaam dan selamat pagi

KOMAF telah menjalin kerjasama dengan sebuah syarikat penerbitan bumiputra di Bandar Baru Bangi untuk memasarkan Surah Yasiin, Tahlil & Doa. Syarikat tersebut (http://www.abadsinergi.com/) bersetuju membekalkan barangan dan KOMAF akan menjadi wakil penjual di UniKL MFI.

Bagi setiap naskhah yang terjual, syarikat tersebut akan memberikan komisyen kepada KOMAF. Naskhah Surah Yasiin ini akan dijual dengan harga pasaran RM 11.50, lebih murah RM 0.50 sen berbanding harga pasaran di luar RM 12.00.

Harganya mungkin agak mahal sedikit berbanding naskhah Surah Yasiin yang biasa. Ini kerana terdapat beberapa keistimewaan seperti berikut:

a) Kulit berwarna-warni yang cantik dan menarik

b) Panduan Kod warna-warni sebagai panduan bacaan mengikut hukum Tajwid, setiap warna tulisan menunjukkan cara bacaan tertentu seperti dengung, bacaan maad (panjang) dll.
c) Setiap ayat disertakan dengan terjemahan maksud di sebelahnya
d) Dilengkapi dengan 12 doa-doa harian tambahan seperti doa tahlil, doa akhir tahun, doa amalan para Nabi yang ma'thur, selawat-selawat ke atas Nabi SAW.
e) Sesuai dijadikan koleksi di rumah atau dijadikan hadiah
f) Membantu KOMAF menjana pendapatan melalui komisyen jualan
g) Membantu syarikat Bumiputra Muslim mengembangkan perniagaan dan menyebarkan dakwah Islam.

Marilah membeli sambil beramal dan mambantu KOMAF
Syarikat pembekal janji akan hantar barang hari ini, rabu 3 februari, contoh ada di Kedai Koperasi untuk dilihat.

Terima kasihhh




Monday, January 18, 2010

Wajah - wajah terkini Ahli Lembaga Koperasi 2010


Pengerusi : Mohamed

Setiausaha : Siti Suhaila

Penolong Setiausaha: Norizam

Bendahari: Noor Sharizam

Penolong Bendahari: Fauziah

Biro

Perundangan & Keanggotaan: Mohd Ariff

Latihan, Pendidikan & Maklumat: Ridzuan



Ekonomi: Affandy

Ekonomi: Ahmad Furiz

Ekonomi: Salwah
Ekonomi: Wan Iman



Ahli Lembaga Koperasi UniKL MFI 2010

Jumlah sebenar ALK adalah 15 orang seperti yang dipilih dalam Mesyuarat Agung kali Pertama pada jun 2008. Sebahagian daripada tersebut ALK sama ada telah meletakkan jawatan atau berhenti daripada UniKL MFI. beberapa orang ALK telah dilantik bagi menggantikan kekosongan jawatan. Mereka ini akan berkidmat sebagai Ahli lembaga sehingga Mesyuarat Agung ke-2 pada bulan jun 2010 nanti. Mengikut peraturan Koperasi, 1/3 daripada Ahli Wajib meletakkan jawatan dalam mesyuarat tersebut.
Sama-samalah kita tunggu Mesyuarat Agung, harap-harap ramai ramai ahli yang berminat untuk menawarkan menjadi Ahli Lembaga untuk sesi 2010/ 2011 nanti. Kami ALK lama ni sebahagiannya kena diganti ahli baru, barulah cergas sikit.
Sama-sama kita sokong Koperasi KITA

Struktur organisasi KOMAF 2010

Asalamu alaikum dan selamat pagi, Bonjour, Sobaah al Khair

Struktur organisasi KOMAF 2010

Tahun 2010 telah membawa beberapa perubahan besar dalam struktur organisasi KOMAF. Sejak awal 2009 beberapa orang ALK KOMAF telah menarik diri, meletak jawatan, berhenti daripada UniKL MFI dan sebagainya. Ini mengakibatkan kekosongan beberapa jawatan yang perlu diisi, ternyata ianya menambil masa dan bukan mudah mendapatkan ALK baru. Maklumlah, kerja-kerja di luar skop bidang tugas hakiki kita di UniKL MFI atau sukarela begini susah juga nak melibatkan diri.

Struktur Organisasi KOMAF 2010
1-Pengerusi:
Mohamed b. Mohamed Zin

2-Timbalan Pengerusi:
Kekosongan (Sharoul Jambari berhenti)

3-Setiausaha:
Siti Suhaila bt. Suparno

4- Penolong Setiausaha:
Norizam bt. Akaib

5-Bendahari:
Noor Sharizam bt. Mohd Hanapi

6- Penolong Bendahari:
Fauziah bt. Jaafar

7-Biro Latihan, Pendidikan & Maklumat:
Ridzuan b. Md. Sham
Kekosongan 1(Azizi Umar berhenti)

8-Biro Perundangan & Keanggotaan
Mohd Ariff b. Musli

9-Biro Ekonomi:
Affandy b. Othman
Ahmad Furiz b. Abu Samah
Salwah bt. Che Mat
Wan Iman bt. Wan salim

10-Biro Kebajikan & Kemasyarakatan:
Kekosongan 2
kekosongan 3

KOMAF sedang berusaha mengisi kekosongan jawatan seberapa segera dengan kakitangan yang berminat untuk menyumbang tenaga memajukan bersama KOMAF.

Friday, January 15, 2010

Selamat datang ke Blog baru KOMAF 2010

Majlis Pelancaran Kedai Koperasi

KOMAF One Stop Centre (KOSC)

Majlis Pelancaran KOMAF sempena penerimaan "Surat Beranak" KOMAF oleh Dekan
Salam sejahtera kepada anggota KOMAF

Pada 2010 ini kita akan memulakan blog baru seperti yang tuan-puan sedang tatapi sekarang.
Mudah-mudahan bersama blog baru dan semanagta baru 2010, diharapkan agar KOMAF lebih maju dan terus maju.

Bulan julai 2010 nanti, genaplah 2 tahun kami anggota Ahli Lembaga Koperasi (ALK) 2008/2010 berkhidmat kepada KOMAF. Mesyuarat agung kali ke-2 akan diadakan dan 1/3 daripada ALK mesti meletakkan jawatan. Rasanya telah tiba masanya amanah pengurusan dan pentadbiran KOMAF diberikan kepada ALK yang baru nanti.

Tahun 2010 merupakan tahun kedua KOMAF beroperasi secara sah. Mengimbas kembali sejarah awal permulaan KOMAF. Ianya bermula dengan penubuhan 10 orang Jawatankuasa Penaja pada akhir 2006. Sepanjang 2007 JK Penaja berusaha menjadikan gerakan sebagai suatu realiti di UniKL MFI. Akhirnya pada jun 2008 Mesyuarat Kali Pertama penubuhan Koperasi UniKL MFI Bangi Berhad berjaya direalisasikan. Dalam mesyuarat tersebut 15 orang Ahli Lembaga Pengarah KOMAF telah dipilih oleh anggota yang hadir dalam mesyuarat tersebut.

Walau bagaimanapun, Lesen atau surat beranak rasmi KOMAF diserahkan oleh pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) kepada KOMAF pada bulan november 2008. Selepas itulah, KOMAF mula mengorak langkah merangkan aktiviti dan perancangan untuk kebaikan anggota.

KOMAF berjaya mendapatkan keahlian lebih 100 anggota daripada kakitangan tetap UniKL MFI dengan pembelian saham minima RM 100.00. Sambutan daripada anggota cukup memberangsangkan sehingga ada yang membeli saham bernilai lebih RM 500.00, cukup untuk menggambarkan besarnya harapan dan kepercayaan anggota terhadap KOMAF.

Pada penghujung 2008, KOMAF memberanikan diri bersaing menyertai sebutharga untuk mendapatkan kontrak/ tender membekalkan peralatan "student's Kit" untuk pelajar baru pengambilan sesi januari 2009. projek bernilai ribuan ringgit ini diharapkan akan memberikan impak besar kepada kelangsungan KOMAF pada masa akan datang. Malangnya KOMAF gagal mendapatkan sebutharga tersebut dan projek tersebut seperti kebiasaaan sebelum ini, ianya telah diberi kepada syarikat daripada luar.

Sepanjang 3 ke 4 bulan pertama 2009, ALK KOMAF sibuk mengemaskini data-data dan maklumat peribadi anggota dan juga pembelian saham minima para anggota. KOMAF juga telah berbincang dengan pengurusan Kafeteria yang baru dan berjaya mendapatkan (menyewa)" bilik kaca" di kafe dengan sewaan RM 100.00 sebulan. Bilik berukuran 15 X 8 kaki telah dibuat pengubahsuaian dengan kos yang terpaksa ditanggung oleh KOMAF.

Pada bulan 3 julai 2009 kedai runcit KOMAF telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Prof. Engr. Dr. Ishkandar b. Baharin, Dekan UniKL MFI dengan penuh ceria. Sehingga sekarang, kedai tersebut yang lebih dikenali melalui singkatan KOSC atau KOMAF One Stop Centre telah beroperasi dengan jualan pelbagai barangan runcit. Saudara Affandy Othman telah dilantik sebagai pengurus KOSC. KOMAF juga telah melantik pakcik Nazir dari Bukit Mahkota, Bangi Lama untuk membantu menjaga dan mengurus kedai tersebut.

Terima kasih kerana setia menyokong KOMAF selama ini, tanpa anggota takkan wujud KOMAF. KOMAF milik kita semua, milik ahli dan anggota, bukan hakmilik kekal ALK atau sesiapa