Thursday, April 15, 2010

Sewaan bilik fotokopi di kafeteria dan HPA

Salaam alaikum dan salam bahagia
AlhamduliLlah, syukur kepada Allah SWT. kerana kedai runcit KOMAF One Stop Centre (KOSC) telah beroperasi hampir 10 bulan, bermula julai 2009 yang lalu. KOSC telah berjaya melepasi saat-saat getir sewaktu mula membuka perniagaan julai 2009 dengan modal terhad. Kini KOSC telah mampu membayar elaun tetap pekerja di KOSC dengan elaun RM 500.00 sebulan. Suatu jumlah yang agak besar untuk dikeluarkan setiap bulan jika dinisbahkan kepada ruang niaga KOSC yang sempit dan terhad.
Pada keseluruhannya KOSC dan pengurusannya yang dipimpin oleh saudara Affandy Othman telah berjaya menguruskan pusingan modal dan kewangan secara bebas tanpa perlu bergantung ihsan daripada akaun induk KOMAF lagi. Bayaran elaun Pakcik Nazir yang menjaga KOSC diambil daripada hasil jualan dan keuntungan KOSC sendiri. Jumlah jualan harian KOSC ada ketikanya meningkat sehingga RM 300.00 lebih. Ini perkembangan yang cukup memberangsangkan kami sebagai Ahli Lembaga Pengarah Koperasi.
Bilik Fotokopi di kafeteria bersebelahan KOSC
Berita baik terkini ialah berkenaan bilik fotokopi di sebelah KOSC di kafeteria. Bermula april 2010, kami telah berjaya mendapatkan pengusaha fotokopi yang baru yang beroperasi di sana. KOMAF meletakkan kadar sewaan bulanan yang munasabah dan secara langsung membantu KOMAF menambah pendapatan.
Untuk makluman anggota, KOMAF membayar sewaan bulanan RM 100.00 kepada pengusaha kefeteria untuk mendapat kebenaran menjalankan perniagaan KOSC dan bilik fotokopi. Dengan adanya penyewa di bilik fotokopi, maka KOMAF akan mendapat sewaan bulanan yang akan menambahkan pendapatan KOSC.
Kempen Penggunaan Barangan Halal HPA (http://www.hpa.com.my/)
KOMAF sedang merancang untuk mengadakan satu kempen penggunaan barangan Halal dan keahlian HPA peringkat UniKL MFI. KOMAF telah berdaftar sebagai ahli HPA baru-baru ini dengan usaha dan bantuan daripada puan Hasnah. KOMAF sedang merangka suatu hari untuk penerangan dan kempen keahlian HPA kepada anggota KOMAF. Secara tidak langsung KOMAF akan menjadi pembekal barangan HPA yang dijamin Halal oleh JAKIM seperti kopi RADIX, Radix Cola, kopi diet, barangan perubatan seperti madu lebah, makanan kesihatan, barangan penjagaan diri seperti bahan mandian, syampu, sabun pencuci, set bersalin, ais krim dan macam-macam lagi. Setiap pembelian barangan HPA akan memberikan " point " kepada KOMAF sebagai penaja di UniKL MFI.
Laman Web HPA untuk melihat produk-produk terbaru:
Kami sedang mencari tarikh dan masa yang sesuai dalam tempoh terdekat untuk mengadakan promosi dan kempen Halal serta Sihat. Tungguuu ........
" Produk Halal tanggungjawab Bersama "
Semoga bertemu lagi di lain kesempatan

No comments:

Post a Comment