Thursday, April 8, 2010

KOMAF dan UniKL MFI Print Room

KOMAF dan UniKL MFI Print Room
Asalaamu alaikum dan salam bahagia kepada anggota KOMAF dan para pelawat semua
Kita bersua lagi kali ini melalui laman maya.
KOMAF sesi 2008/2010 semakin menghampiri ke penghujungnya, di mana Ahli Lembaga sekarang sebahagiannya akan meletakkan jawatan pada mesyuarat Agung bulan jun nanti. Walau bagaimanapun, beberapa projek baru masih sempat dijalankan sepanjang 2010.
Perkembangan terkini
AlhamduliLlah, ucapan ribuan terima kasih dan syabas kepada pengurusan UniKL MFI atas langkah berani menyerahkan pengurusan bilik percetakan UniKL MFI kepada KOMAF. KOMAF berpandangan, ini adalah keputusan yang sangat penting sebagai asas yang kuat untuk membantu KOMAF berdaya maju dan bersaing dalam dunia yang serba mencabar. Kekuatan kewangan sebagai modal asas memang sangat penting dan diperlukan untuk memulakan sebarang urusan perniagaan. Penyerahan projek sebegini sudah tentu akan membuka peluang kepada KOMAF untuk menceburi bidang perniagan dan pengurusan secara langsung dan akan menguatkan sember kewangan KOMAF.
Pada 1 April 2010, KOMAF telah diberi tanggungjawab oleh pengurusan UniKL MFI untuk mengambilalih atau menguruskan urusan berkaitan Bilik Percetakan di MFI. Semua urusan berkaitan yang antaranya melibatkan pemilihan syarikat, perbincangan, penilaian sebutharga dan segala yang berkaitan telah diselesaikan dalam tempoh satu bulan iaitu sepanjang bulan mac 2010. KOMAF telah diminta oleh pengurusan UNiKL MFI untuk mengambilalih bilik percetakan (Print Room) pada penghujung februari, dan pada awal mac gerakerja berkaitan telah dijalankan sehingga berjaya. Pada akhirnya KOMAF telah memilih untuk berkerjasama dengan syarikat Purnama Mahir Sdn. Bhd. (http://www.pmgroup.com.my/) sebagai syarikat yang akan menguruskan bilik percetakan UniKL MFI dengan kontrak selama 3 tahun yang akan datang.
Pemilihan syarikat Purnama Mahir (PM) untuk menguruskan bilik percetakan UniKL MFI dibuat berdasarkan kriteria teknikal yang terbaik dan kesediaan mereka untuk bekerjasama dan membantu Koperasi dalam sebarang usahasama yang membawa kebaikan. Pengurusan baru antara KOMAF dan PM diharapkan akan memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada kakitangan UniKL MFI dan juga manfaat kepada KOMAF dan anggotanya. Sebahagian daripada keuntungan akan disalurkan kepada KOMAF demi kebaikan anggota KOMAF khasnya dan kakitangan UniKL MFI amnya.
KOMAF sentiasa mengalu-alukan sebarang cadangan dan teguran daripada anggota demi untuk kebaikan semua. Cuma, perlu diingatkan, bahawa Ahli Lembaga KOMAF (ALK) adalah kakitangan UniKL MFI yang bekerja sepenuh masa. Sudah tentu keberkesanan mereka dalam menjalankan tugas sebagai ALK tidak boleh dibandingkan dengan syarikat atau badan perniagaan di luar sana. Kami berkhidmat kepada KOMAF secara sukarela tanpa sebarang bayaran atau elaun, ditambah dengan kesibukan dalam tugas harian, maka sudah pasti kepentingan tugasan hakiki perlu diutamakan iaitu sebagai kakitangan UniKL MFI. Urusan berkaitan KOMAF jatuh nombor dua dalam hal ini.
Setakat ini dahulu untuk kali ini, jika ada peluang kami akan mengemaskini blog ini daripada masa ke semasa.

No comments:

Post a Comment