Monday, April 25, 2011

Produk terbaru KOMAF 2011
















26 april 2011


Salaam dan selamat tengahari



April 2011 tahun ini, KOMAF melancarkan jualan produk terbaru di kedai Koperasi KOMAF One Stop Centre (KOSC) iaitu produk rantai kunci ayau key chain.



Produk terbaru ini ringkas tetapi cantik dengan harga yang berpatutan. Produk diperbuat daripada besi berwarna perak berkilat. Memang sesuai dijadikan rantai kunci peribadi atau untuk hadiah kenang-kenangan kepada rakan taulan. Di samping membeli dan memajukan kedai koperasi ianya membangkitkan semangat cintakan UniKL amnya dan Malaysia France Institute.



Produk ini dilancarkan sempena program Hari Terbuka UniKL MFI pada 21 april 2011 pada minggu lepas. Pada awal tahun ini juga KOSC memperkenalkan produk MUG berlogo UniKL di MFI untuk jualan di KOSC dan tempahan sebagai cenderamata program dan seumpamanya.




Sambutan daripada kakitangan dan pelajar kepada produk MUG cukup menggalakkan. Beberapa program dan aktiviti di kalangan kakitangan dan pelajar telah menjadikan MUG tersebut sebagai cenderamata yang menjadi kenangan. Logo UniKL yang tertera megah memberikan rasa bangga kepada pengguna. beberapa aktiviti ko-kurikulum misalnya telah menjadikan MUG tersebut sebagai cenderamata kepada pelajar dalam aktiviti yang diadakan.





Setiap pembelian MUG atau barangan lain di KOSC secara tidak langsung membantu koperasi bergerak maju dan sebenarnya kita membantu diri sendiri sebagai anggota koperasi UniKL MFI. kalau tidak kita sendiri sebagai ahli yang menggunakan barangan koperasi, maka siapa lagi agaknya?.


Maklumat terkini koperasi.

Koperasi sekarang dalam proses terakhir untuk mengaudit akaun 2009 dan 2010 daripada juruaudit luar. Proses ini pastinya mengambil masa memandangkan ini adalah audit pertama yang dilalui oleh koperasi setelah pelancaran rasmi koperasi UniKL MFI pada hujung 2008 dan pembukaan saham keahlian pada 2009.



Akaun 2009 tidak banyak berkembang dan KOMAF baru belajar merangkak mencari tapak. Enam bulan pertama 2009 adalah proses pendaftaran ahli dan pembayaran saham keanggotaan. Kedai serbaguna KOSC di bangunan kafeteria dibuka pada bulan julai 2010 dan beberapa projek kecil dijalankan. Sudah pasti tidak banyak keuntungan yang daikumpulkan, bahkan sebaliknya terpaksa mengeluarkan modal pelaburan yang bukan sedikit untuk memulakan kedai serbaguna KOSC. Kosnya menelan ribuan ringgit duit saham anggota.






Tahun 2010 memberikan sinar cahaya yang agak baik kepada KOMAF dengan penyerahan projek bilik percetakan UniKL MFI kepada KOMAF bermula pada april 2010. Pendapatan bulanan daripada bilik percetakan ternyata cukup untuk memberikan nafas baru kepada KOMAF.



Namun begitu, di sana terdapat halangan dan ujian lain, iaitu pembayaran kepada rakan kongsi KOMAF sering tertangguh. KOMAF tak mampu membuat pembayaran segera kepada rakan kongsi dalam bilik percetakan kerana KOMAF juga sering lewat menerima cek-cek bayaran daripada pihak pentadbiran. Inilah antara halangan yang memberikan tekanan kepada ahli lembaga KOMAF, khususnya kerana ianya melibatkan pengurusan dengan pihak luar.



Walau apapun, inilah antara cabaran dan asam-garam dalam perniagaan yang mesti dihadapi. Setiap ahli lembaga koperasi akan menghadapi perkara sebegini dari masa ke semasa. Selepas ini akan berlaku pertukaran ahli lembaga koperasi dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Akan lahir muka baru yang mungkin akan lebih bersemangat memajukan koperasi UniKL MFI





Sekian dahulu adanya.





Terima kasih