Thursday, June 21, 2012


22 julai, 2012
Produk Baru di Kedai Koperasi

KOKO MINDA Plus
RM 20.90 (15 peket 25g)
Dapatkan Di Kedai KOMAF (KOSC)


Koko Minda Plus adalah salah satu produk keluaran Halal Hub yang sangat baik untuk otak khususnya para pelajar dan semua peringkat umur. Keluaran Bumiputra.

Tukar minuman harian anda dan anak-anak anda dari minuman koko biasa/coklat kepada minuman KOKO MINDA PLUS yang lazat, berkhasiat dan sihat...

Ia adalah minuman enak yang di adun dari campuran koko bermutu tinggi dengan herba terpilih, di antaranya adalah Pegaga, Gingko biloba, Kismis, Kurma dan buah tin.
Mengandungi vitamin dan garam galian penting terutamanya potassium dan fosforus yang sangat baik dan penting untuk perkembangan otak dan minda , perjalanan darah , anti pelupa dan kecergasan badan.

Buah kurma:
Meningkatkan daya ingatan, penambah tenaga segera .
Menyihatkan sistem saraf, melawaskan sistem usus
Buah kismis:
Meningkatkan daya ingatan, mengandungi anti oksidan yang tinggi.
Sangat baik untuk kesihatan jantung dan urat saraf.
Buah tin:
Meningkatkan kandungan oksigen dalam darah, mengawal kekejangan otot, mengawal berat badan, mengawal sel-sel darah, mengurangkan bakteria yang merugikan di dalam badan
Ginko Biloba:
Meningkatkan daya ingatan, melancarkan aliran darah ke seluruh badan . Meransang sistem penglihatan, meransang sistem pernafasan, mengawal kekejangan otot, membantu masalah kemandulan lelaki
Pegaga:
menenangkan dan menajamkan minda, memulihara saluran darah, membantu mengawal tekanan darah, menyihatkan kulit, mempercepat pemulihan luka, mengurangkan sakit sendi, merawat kesukaran tidur
Koko:
mempunyai kandungan anti oksidan 3 kali lebih tinggi dari teh hijau. Anti oksidan adalah lebih baik untuk kesihatan jantung dan sistem urat sarafmembantu mengawal kolesterol




Tuesday, July 19, 2011

Perkembangan Terkini KOMAF

Assalaamu alaikum dan selamat sejahtera.

20 julai, 2011.

1- Sudah lebih 2 tahun KOMAF memulakan operasi di UniKL MFI dengan jumlah keanggotaan sekarang ialah 106 orang.

KOMAF sekarang dalam proses akhir mengemaskini laporan akaun kewangan untuk persediaan audit luar dalam tempoh terdekat. Selepas selesai urusan audit luar barulah Mesyuarat Agung tahunan boleh diadakan.

A- Akaun kewangan KOMAF berakhir 31 disember 2008/ 2009.
B- Akaun kewangan KOMAF berakhir 31 disember 2010.

C- Akaun kiosk Koperasi (KOSC) di kafe juga perlu disiapkan.

i- Akaun kewangan KOSC Julai 2009 – Jun 2010.
ii- Akaun kewangan KOSC Julai 2009 – Jun 2011.

Laporan kewangan tersebut dijangkan siap dalam tempoh dua/ tiga minggu dan akan dapat diserahkan kepada Juruaudit Luar di SKM bulan ogos 2011. Proses audit luar akan mengambil masa sekurang-kurangnya 50 hari untuk disiapkan. Selepas itu barulah KOMAF dibenarkan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT).

2- MAT sepatutnya telah diadakan sekali pada tahun lepas (2010), namun pada sesi 2009/ 2010 ketika itu KOMAF masih terlalu baru dan baru belajar berjalan jatuh. MAT pada 2010 terpaksa ditunda ke tahun ini 2011.

Dividen atau keuntungan kepada anggota Koperasi yang telah membeli syer keahlian.

Secara umumnya, perkembangan pada 2008/ 2009 tidak mencatatkan keuntungan yang membolehkan Koperasi memberikan dividen tahunan. Perbelanjaan pengurusan Koperasi dan modal penubuhan kiosk KOSC banyak menggunakan dana syer anggota yang sedia ada.

3- Bermula pada tahun april 2010 KOMAF telah diberi amanah mengendalikan bilik percetakan UniKL MFI dan bergerak dari situlah maka kedudukan kewangan KOMAF bertambah baik. KOMAF juga berjaya mendapatkan tender/ sebutharga membekalkan sebahagian daripada peralatan untuk pelajar baru UniKL MFI.

InsyaAllah hasil kewangan 2010 akan dapat memberikan sedikit dividen kepada para anggota walaupun mungkin tidak sebanyak mana. Maklumlah, matlamat penubuhan Koperasi bukan hanya sekadar menjana keuntungan kepada anggota, tetapi juga untuk kebajikan dan kemajuan anggota. Sekiranya anggota mengharapkan keuntungan yang besar dan berlipat-ganda sepatutnya bukan di koperasi UniKL MFI tetapi di tempat yang lebih stabil seperti saham di Bank Rakyat atau mana-mana institusi kewangan terkenal seperti Public Mutual dan seumpamanya.

4- Kelewatan mengadakan MAT sehingga terpaksa dibuat pada tahun 2011 adalah kerana Ahli Lembaga Koperasi pada hakikatnya adalah kakitangan UniKL MFI yang masing-masing terikat dengan kerja hakiki. Kerja-kerja dan urusan berkaitan KOMAF hakikatnya menjadi tugasan tambahan yang memerlukan komitmen tambahan untuk melaksanakannya. Tugasan tambahan di koperasi tanpa sebarang imbuhan material, bahkan dalam banyak keadaan menghabiskan tenaga serta kewangan peribadi.

Sepanjang 2 tahun lebih beroperasi pelbagai halangan, cubaan dan dan pengalaman telah dilalui para anggota lembaga pengarah koperasi (ALK). Beberapa ALK terpaksa memohon perletakan jawatan atas komitmen kepada tugasan hakiki di UniKL MFI, ada ALK yang berhenti daripada UniKL MFI dan sebagainya. Apa yang penting adalah, jawatan dan tugasan di dalam koperasi adalah suatu perkara yang sementara dan akan dipersoalkan oleh para anggota.

Sehubungan dengan itu, pada MAT 2011 ini semua 14 orang ALK KOMAF telah sepakat akan meletakkan jawatan untuk memberikan peluang kepada anggota dilantik sebagai ALK yang baru bagi sesi 2011/ 2012. Tidak sepatutnya wujud istilah monopoli atau gila kuasa di dalam mana-mana koperasi. Anggota yang berkebolehan dan berminat sepatutnya menawarkan diri menjadi ALK dalam MAT akan datang.


” Majulah KOMAF Untuk Anggota ”


Terima kasih


Pengerusi
KOMAF 2008/ 09/ 10/11
Mohd @ Mohamed b. Mohamed Zin

Monday, April 25, 2011

Produk terbaru KOMAF 2011
















26 april 2011


Salaam dan selamat tengahari



April 2011 tahun ini, KOMAF melancarkan jualan produk terbaru di kedai Koperasi KOMAF One Stop Centre (KOSC) iaitu produk rantai kunci ayau key chain.



Produk terbaru ini ringkas tetapi cantik dengan harga yang berpatutan. Produk diperbuat daripada besi berwarna perak berkilat. Memang sesuai dijadikan rantai kunci peribadi atau untuk hadiah kenang-kenangan kepada rakan taulan. Di samping membeli dan memajukan kedai koperasi ianya membangkitkan semangat cintakan UniKL amnya dan Malaysia France Institute.



Produk ini dilancarkan sempena program Hari Terbuka UniKL MFI pada 21 april 2011 pada minggu lepas. Pada awal tahun ini juga KOSC memperkenalkan produk MUG berlogo UniKL di MFI untuk jualan di KOSC dan tempahan sebagai cenderamata program dan seumpamanya.




Sambutan daripada kakitangan dan pelajar kepada produk MUG cukup menggalakkan. Beberapa program dan aktiviti di kalangan kakitangan dan pelajar telah menjadikan MUG tersebut sebagai cenderamata yang menjadi kenangan. Logo UniKL yang tertera megah memberikan rasa bangga kepada pengguna. beberapa aktiviti ko-kurikulum misalnya telah menjadikan MUG tersebut sebagai cenderamata kepada pelajar dalam aktiviti yang diadakan.





Setiap pembelian MUG atau barangan lain di KOSC secara tidak langsung membantu koperasi bergerak maju dan sebenarnya kita membantu diri sendiri sebagai anggota koperasi UniKL MFI. kalau tidak kita sendiri sebagai ahli yang menggunakan barangan koperasi, maka siapa lagi agaknya?.


Maklumat terkini koperasi.

Koperasi sekarang dalam proses terakhir untuk mengaudit akaun 2009 dan 2010 daripada juruaudit luar. Proses ini pastinya mengambil masa memandangkan ini adalah audit pertama yang dilalui oleh koperasi setelah pelancaran rasmi koperasi UniKL MFI pada hujung 2008 dan pembukaan saham keahlian pada 2009.



Akaun 2009 tidak banyak berkembang dan KOMAF baru belajar merangkak mencari tapak. Enam bulan pertama 2009 adalah proses pendaftaran ahli dan pembayaran saham keanggotaan. Kedai serbaguna KOSC di bangunan kafeteria dibuka pada bulan julai 2010 dan beberapa projek kecil dijalankan. Sudah pasti tidak banyak keuntungan yang daikumpulkan, bahkan sebaliknya terpaksa mengeluarkan modal pelaburan yang bukan sedikit untuk memulakan kedai serbaguna KOSC. Kosnya menelan ribuan ringgit duit saham anggota.






Tahun 2010 memberikan sinar cahaya yang agak baik kepada KOMAF dengan penyerahan projek bilik percetakan UniKL MFI kepada KOMAF bermula pada april 2010. Pendapatan bulanan daripada bilik percetakan ternyata cukup untuk memberikan nafas baru kepada KOMAF.



Namun begitu, di sana terdapat halangan dan ujian lain, iaitu pembayaran kepada rakan kongsi KOMAF sering tertangguh. KOMAF tak mampu membuat pembayaran segera kepada rakan kongsi dalam bilik percetakan kerana KOMAF juga sering lewat menerima cek-cek bayaran daripada pihak pentadbiran. Inilah antara halangan yang memberikan tekanan kepada ahli lembaga KOMAF, khususnya kerana ianya melibatkan pengurusan dengan pihak luar.



Walau apapun, inilah antara cabaran dan asam-garam dalam perniagaan yang mesti dihadapi. Setiap ahli lembaga koperasi akan menghadapi perkara sebegini dari masa ke semasa. Selepas ini akan berlaku pertukaran ahli lembaga koperasi dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Akan lahir muka baru yang mungkin akan lebih bersemangat memajukan koperasi UniKL MFI





Sekian dahulu adanya.





Terima kasih

Thursday, February 24, 2011

Produk terbaru KOMAF Mug berlogo UNiKL














Assalaamu alaikum dan selamat pagi

25 Februari 2011
Memperkenalkan produk terbaru KOMAF


KOMAF dengan sukacita memperkenalkan produk terbaru.

Mug berlogo UniKL untuk kegunaan dan cenderahati kepada rakan-rakan.
Mug dilengkapi dengan tudung plastic berwarna-warni.

Mug boleh didapati daripada kedai Koperasi KOMAF One Stop Centre (KOSC) di Kafeteria.

Harga jualan - RM 5.00

Marilah membeli barangan KOMAF di KOSC sambil membantu Koperasi.
Saya sertakan beberapa gambar Mug untuk tuan/ puan semua.




Terima kasih


Pengerusi
KOMAF 2009/ 2010

Monday, December 13, 2010











14 disember , 2010




Selamat petang


Tahniah kepada KARISMA atas kejayaan penganjuran Hari Keluarga 2010,

khabarnya kali ini jumlah penyertaan paling ramai daripada kakitangan UniKL MFI.


Untuk makluman anggota KOMAF semua.


KARISMA telah memohon sumbangan dari KOMAF untuk Hari Keluarga kali ini atas dasar keanggotaan KARISMA dan KOMAF sebahagian besarnya adalah hampir orang yang sama. Ahli KARISMA jugalah yang menjadi anggota KOMAF.



KOMAF telah menyumbang 6 hamper kepada KARISMA sempena Hari Keluarga kali ini. 6 hamper tersebut dianggarkan berjumlah sekitar RM 250.00. Walaupun jumlahnya tak sampai ribuan ringgit, namun inilah sumbangan yang mampu buat masa ini.


KOMAF masih lagi belum mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) yang pertama sejak mula beroperasi pada 2009. Laporan kewangan dan aktiviti 2009 KOMAF belum dibentangkan dalam MAT sehinga kini, Jadi, tak berapa elok jika Ahli Lembaga KOMAF tiba-tiba berbelanja lebih untuk hamper dan sebagainya dalam keadaan sekarang.


Kita berada di bulan disember 2010, bermakna akaun KOMAF untuk 2010 akan ditutup pada 31hb. nanti dan sepatutnya dibentangkan dalam MAT bulan jun 2011. InsyaAllah akaun 2010 mencatatkan keuntungan walaupun tak banyak mana.

2009


Pada dasarnya, akaun KOMAF 2009 tidak mencatatkan keuntungan bahkan sebahagian duit mengalir keluar kerana penambahbaikan dan pengubahsuaian serta modal perniagaan kedai koperasi (KOSC) di kafeteria. Kedai KOSC hanya sempat beroperasi bermula pada julai 2009 dan ditutup pada november dan disember 2009 kerana pelajar bercuti. Berapa sangatlah untung yang dapat dalam tempoh kedai beroperasi 3 - 4 bulan tu. Lepas tu, projek tender/ sebutharga untuk membekalkan peralatan pelajar baru sempena Minggu Silaturrahim kemasukan julai 2009 tak berjaya.




2010


Antara projek yang banyak membantu KOMAF adalah pengurusan Bilik Percetakan yang beroperasi sepanjang tahun. Keyakinan pihak pentadbiran menyerahkan pengurusan urusan percetakan kepada KOMAF sebenarnya suatu tindakan yang cukup berani dan tepat. Kalau bukan pihak pentadbiran yang akan membantu KOMAF, maka siapa lagi?. Kita bersama-sama menubuhkan koperasi milik bersama kakitangan, maka kitalah yang seharusnya bersama mencari jalan me


Bermula 2010 KOMAF berjaya mencatatkan sedikit keuntungan hasil daripada beberapa projek/ tender/ sebutharga dengan UniKL MFI yang berjaya kita dapatkan dan uruskan. Terima kasih atas sokongan pihak pentadbiran UniKL MFI kerana menaruh kepercayaan kepada KOMAF dengan memberikan beberapa projek/ sebutharga sepanjang 2010.


KOMAF adalah kita semua, kita adalah KOMAF. Jangan pula kita beranggapan bahawa KOMAF itu ialah ustaz Mohamed dan rakan-rakan Ahli Lembaganya sahaja. Mereka hakikatnya hanyalah ahli lembaga "sementara" yang dipilih melalui Mesyuarat Agung Tahunan. Ahli Lembaga pada hakikatnya bekerja untuk KOMAF secara sukarela tanpa sebarang imbuhan. Mereka pada masa yang sama adalah kakitangan UniKL MFI yang juga sibuk dengan kerja hakiki dan tugasan macam kakitangan biasa yang bukan ahli lembaga.


Mesyuarat Agung Tahunan (MAT)

MAT koperasi laporan kewangan 2009 terpaksa diadakan pada awal tahun 2011, terlewat 6 bulan daripada tarikh sepatutnya iaitu sebelum jun 2010. Kelewatan yang tak dapat dielakkan atas masalah pengurusan dan audit dengan pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM. Urusan audit pentadbiran dan kewangan koperasi rupanya cukup "complicated" seakan-akan pengurusan sebuah syarikat korporat. Inilah antara perkara yang tidak dijangka dan terpaksa dihadapi oleh kami sebagai ALK KOMAF generasi pertama.

Marilah kita sama-sama menyokong KOMAF sebagai koperasi milik kita, di mana selepas MAT nanti kami ALK juga akan menjadi ahli biasa, sebaliknya tuan-tuan dan puan-puan semua pula yang akan dilantik sebagai Ahli Lembaga koperasi untuk mengambilalih pentadbiran seterusnya. Kami ALK 2008/ 2009/ 2010 telah berusaha menyumbang sekadar termampu dan kami akui memang terlalu banyak kelemahan dan kekurangan. Maka, ALK baru yang akan dipilih pada 2011 nantilah yang akan membuka era baru KOMAF dan terus maju ke hadapan.


Sekian, terima kasih















Tuesday, November 2, 2010

Ejen Maxis Broadband dengan Modem E1552 percuma


Salaam dan selamat pagi

Bertemu kembali di alam siber maya,

3 November 2010


Berita terkini

KOMAF telah dilantik oleh Maxis untuk menjadi wakil/ ejen Maxis di UniKL MFI bermula November 2010. Sebarang aktiviti atau kempen melibatkan Maxis di UniKL MFI akan diberi hak kepada KOMAF menguruskan.

Sebagai projek permulaan kerjasama antara Maxis dengan KOMAF, kita telah diberi peluang menjadi ejen untuk pendaftaran Maxis broadband di premis UniKL MFI. Bagi setiap bayaran pendaftaran yang dibuat di KOSC, KOMAF akan mendapat komisyen yang ditetapkan.

Borang pendaftaran boleh didapati di KOSC, sertakan salinan kad pengenalan depan dan belakang dan dokumen sokongan seperti salinan lesen memandu atau kad ID. pelajar.

Bayaran pendaftaran:

RM 100.00 dan bayaran awal (advanve) sewaan bulan pertama RM 48.00/ RM 68.00 mengikut pakej yang dipilih.

RM 100 + RM 48/ RM68 = RM 148.00/ RM 168.00
Pakej RM 100 + RM 48.00 untuk penggunaan (Data Load) 1.5GB .
Pakej RM 100.00 + RM 68.00 untuk penggunaan (Data load) 3GB.

Modem percuma HSDPA (E1552) diberikan dengan kontrak selama 6 bulan.
Selepas 6 bulan, Modem tersebut akan menjadi milik pengguna dan boleh digunakan untuk mana-mana Wireless broadband jika pengguna menamatkan kontrak Maxis selepas 6 bulan dan berhajat melanggan broadband dengan Celcom, Digi atau sebagainya.

Jika kontrak broadband ditamatkan sebelum 6 bulan, pengguna dikehendaki memulangkan semula Modem kepada Maxis.

Tempoh pendaftaran dan pengaktifan akaun Maxis broadband.

Pelanggan yang telah berdaftar dan membuat pembayaran akan dapat menggunakan maxis broadband pada keesokan pagi hari berikutnya. Jika pendaftaran dan pembayaran dibuat pada tengahari rabu di KOSC, pihak KOSC akan mengirimkan faks borang pendaftaran kepada Maxis untuk diaktifkan. Keesokan pagi, wakil Maxis akan datang ke KOSC untuk memberikan Modem kepada pengguna dan boleh digunakan serta-merta. Cucuk je Modem tu kat mana-mana laptop atau desktop, ianya boleh terus digunakan melayari internet kerana semuanya setting telah diprogramkan bersama Modem tersebut.

Jika projek kerjasama KOMAF Maxis ini berjaya dan mendapat sambutan menggalakkan, Maxis menjanjikan beberapa projek kerjasama yang lain seperti menjadi ejen jualan "Starter pack", ejen jualan prepaid dan seumpamanya.

Hidup KOMAF, majulah KOMAF untuk kakitangan dan pelajar UniKL MFI.











Monday, August 2, 2010

Notis Pencalonan ALK KOMAF 2010/ 11

Assalamu alaikum dan selamat petang

2hb. ogos 2010.

Sukacita dimaklumkan,

Pencalonan sebagai Ahli Lembaga Koperasi sesi 2010/ 11 telah dibuka, mana-mana anggota yang berminat boleh mendapatkan borang daripada en. Mohd Ariff Musli, Biro Perundangan & Keanggotaan KOMAF di bangunan pentadbiran mulai hari ini (Isnin, 2hb. ogos 2010).

Borang yang telah siap diisi hendaklah diserahkan kembali kepada beliau sebelum 9hb. ogos 2010 untuk dihantar ke Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk diproses dan dibuat penentusahan kelayakan.



Pengerusi
KOMAF
Sesi 2008/ 2010