Tuesday, July 19, 2011

Perkembangan Terkini KOMAF

Assalaamu alaikum dan selamat sejahtera.

20 julai, 2011.

1- Sudah lebih 2 tahun KOMAF memulakan operasi di UniKL MFI dengan jumlah keanggotaan sekarang ialah 106 orang.

KOMAF sekarang dalam proses akhir mengemaskini laporan akaun kewangan untuk persediaan audit luar dalam tempoh terdekat. Selepas selesai urusan audit luar barulah Mesyuarat Agung tahunan boleh diadakan.

A- Akaun kewangan KOMAF berakhir 31 disember 2008/ 2009.
B- Akaun kewangan KOMAF berakhir 31 disember 2010.

C- Akaun kiosk Koperasi (KOSC) di kafe juga perlu disiapkan.

i- Akaun kewangan KOSC Julai 2009 – Jun 2010.
ii- Akaun kewangan KOSC Julai 2009 – Jun 2011.

Laporan kewangan tersebut dijangkan siap dalam tempoh dua/ tiga minggu dan akan dapat diserahkan kepada Juruaudit Luar di SKM bulan ogos 2011. Proses audit luar akan mengambil masa sekurang-kurangnya 50 hari untuk disiapkan. Selepas itu barulah KOMAF dibenarkan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT).

2- MAT sepatutnya telah diadakan sekali pada tahun lepas (2010), namun pada sesi 2009/ 2010 ketika itu KOMAF masih terlalu baru dan baru belajar berjalan jatuh. MAT pada 2010 terpaksa ditunda ke tahun ini 2011.

Dividen atau keuntungan kepada anggota Koperasi yang telah membeli syer keahlian.

Secara umumnya, perkembangan pada 2008/ 2009 tidak mencatatkan keuntungan yang membolehkan Koperasi memberikan dividen tahunan. Perbelanjaan pengurusan Koperasi dan modal penubuhan kiosk KOSC banyak menggunakan dana syer anggota yang sedia ada.

3- Bermula pada tahun april 2010 KOMAF telah diberi amanah mengendalikan bilik percetakan UniKL MFI dan bergerak dari situlah maka kedudukan kewangan KOMAF bertambah baik. KOMAF juga berjaya mendapatkan tender/ sebutharga membekalkan sebahagian daripada peralatan untuk pelajar baru UniKL MFI.

InsyaAllah hasil kewangan 2010 akan dapat memberikan sedikit dividen kepada para anggota walaupun mungkin tidak sebanyak mana. Maklumlah, matlamat penubuhan Koperasi bukan hanya sekadar menjana keuntungan kepada anggota, tetapi juga untuk kebajikan dan kemajuan anggota. Sekiranya anggota mengharapkan keuntungan yang besar dan berlipat-ganda sepatutnya bukan di koperasi UniKL MFI tetapi di tempat yang lebih stabil seperti saham di Bank Rakyat atau mana-mana institusi kewangan terkenal seperti Public Mutual dan seumpamanya.

4- Kelewatan mengadakan MAT sehingga terpaksa dibuat pada tahun 2011 adalah kerana Ahli Lembaga Koperasi pada hakikatnya adalah kakitangan UniKL MFI yang masing-masing terikat dengan kerja hakiki. Kerja-kerja dan urusan berkaitan KOMAF hakikatnya menjadi tugasan tambahan yang memerlukan komitmen tambahan untuk melaksanakannya. Tugasan tambahan di koperasi tanpa sebarang imbuhan material, bahkan dalam banyak keadaan menghabiskan tenaga serta kewangan peribadi.

Sepanjang 2 tahun lebih beroperasi pelbagai halangan, cubaan dan dan pengalaman telah dilalui para anggota lembaga pengarah koperasi (ALK). Beberapa ALK terpaksa memohon perletakan jawatan atas komitmen kepada tugasan hakiki di UniKL MFI, ada ALK yang berhenti daripada UniKL MFI dan sebagainya. Apa yang penting adalah, jawatan dan tugasan di dalam koperasi adalah suatu perkara yang sementara dan akan dipersoalkan oleh para anggota.

Sehubungan dengan itu, pada MAT 2011 ini semua 14 orang ALK KOMAF telah sepakat akan meletakkan jawatan untuk memberikan peluang kepada anggota dilantik sebagai ALK yang baru bagi sesi 2011/ 2012. Tidak sepatutnya wujud istilah monopoli atau gila kuasa di dalam mana-mana koperasi. Anggota yang berkebolehan dan berminat sepatutnya menawarkan diri menjadi ALK dalam MAT akan datang.


” Majulah KOMAF Untuk Anggota ”


Terima kasih


Pengerusi
KOMAF 2008/ 09/ 10/11
Mohd @ Mohamed b. Mohamed Zin

No comments:

Post a Comment