Friday, January 15, 2010

Selamat datang ke Blog baru KOMAF 2010

Majlis Pelancaran Kedai Koperasi

KOMAF One Stop Centre (KOSC)

Majlis Pelancaran KOMAF sempena penerimaan "Surat Beranak" KOMAF oleh Dekan
Salam sejahtera kepada anggota KOMAF

Pada 2010 ini kita akan memulakan blog baru seperti yang tuan-puan sedang tatapi sekarang.
Mudah-mudahan bersama blog baru dan semanagta baru 2010, diharapkan agar KOMAF lebih maju dan terus maju.

Bulan julai 2010 nanti, genaplah 2 tahun kami anggota Ahli Lembaga Koperasi (ALK) 2008/2010 berkhidmat kepada KOMAF. Mesyuarat agung kali ke-2 akan diadakan dan 1/3 daripada ALK mesti meletakkan jawatan. Rasanya telah tiba masanya amanah pengurusan dan pentadbiran KOMAF diberikan kepada ALK yang baru nanti.

Tahun 2010 merupakan tahun kedua KOMAF beroperasi secara sah. Mengimbas kembali sejarah awal permulaan KOMAF. Ianya bermula dengan penubuhan 10 orang Jawatankuasa Penaja pada akhir 2006. Sepanjang 2007 JK Penaja berusaha menjadikan gerakan sebagai suatu realiti di UniKL MFI. Akhirnya pada jun 2008 Mesyuarat Kali Pertama penubuhan Koperasi UniKL MFI Bangi Berhad berjaya direalisasikan. Dalam mesyuarat tersebut 15 orang Ahli Lembaga Pengarah KOMAF telah dipilih oleh anggota yang hadir dalam mesyuarat tersebut.

Walau bagaimanapun, Lesen atau surat beranak rasmi KOMAF diserahkan oleh pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) kepada KOMAF pada bulan november 2008. Selepas itulah, KOMAF mula mengorak langkah merangkan aktiviti dan perancangan untuk kebaikan anggota.

KOMAF berjaya mendapatkan keahlian lebih 100 anggota daripada kakitangan tetap UniKL MFI dengan pembelian saham minima RM 100.00. Sambutan daripada anggota cukup memberangsangkan sehingga ada yang membeli saham bernilai lebih RM 500.00, cukup untuk menggambarkan besarnya harapan dan kepercayaan anggota terhadap KOMAF.

Pada penghujung 2008, KOMAF memberanikan diri bersaing menyertai sebutharga untuk mendapatkan kontrak/ tender membekalkan peralatan "student's Kit" untuk pelajar baru pengambilan sesi januari 2009. projek bernilai ribuan ringgit ini diharapkan akan memberikan impak besar kepada kelangsungan KOMAF pada masa akan datang. Malangnya KOMAF gagal mendapatkan sebutharga tersebut dan projek tersebut seperti kebiasaaan sebelum ini, ianya telah diberi kepada syarikat daripada luar.

Sepanjang 3 ke 4 bulan pertama 2009, ALK KOMAF sibuk mengemaskini data-data dan maklumat peribadi anggota dan juga pembelian saham minima para anggota. KOMAF juga telah berbincang dengan pengurusan Kafeteria yang baru dan berjaya mendapatkan (menyewa)" bilik kaca" di kafe dengan sewaan RM 100.00 sebulan. Bilik berukuran 15 X 8 kaki telah dibuat pengubahsuaian dengan kos yang terpaksa ditanggung oleh KOMAF.

Pada bulan 3 julai 2009 kedai runcit KOMAF telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Prof. Engr. Dr. Ishkandar b. Baharin, Dekan UniKL MFI dengan penuh ceria. Sehingga sekarang, kedai tersebut yang lebih dikenali melalui singkatan KOSC atau KOMAF One Stop Centre telah beroperasi dengan jualan pelbagai barangan runcit. Saudara Affandy Othman telah dilantik sebagai pengurus KOSC. KOMAF juga telah melantik pakcik Nazir dari Bukit Mahkota, Bangi Lama untuk membantu menjaga dan mengurus kedai tersebut.

Terima kasih kerana setia menyokong KOMAF selama ini, tanpa anggota takkan wujud KOMAF. KOMAF milik kita semua, milik ahli dan anggota, bukan hakmilik kekal ALK atau sesiapa

No comments:

Post a Comment